GABUNGAN MEMBARU CYCLING CLUB

GABUNGAN MEMBARU CYCLING CLUB
GMCC PENAGA

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 26, 2010

Jom pusing Yan

Penaga 17 April 2010
Setelah sekian lama menyepi dengan kayuhan yg jauh, sekali lagi GMCC mengumpul ahli untuk mengolekkan roda basikal dengan kayuhan yg agak jauh sikit.

pada tarikh ini sepatutnya GMCC mengolekkan roda ke Kuala Kedah, tetapi atas desakan ahli GMCC terpaksa batalkan perjalan ke Kuala Kedah dan digantikan dengan Jom Pusing Yan.

Jom Pusing Yan disertai oleh sebahagian dari ahli GMCC dan ada wakil dari Ipoh (Man).Pada tarikh ini juga ada ahli GMCC membuat kayuhan bukit di Betong. Insya'allah akan di updatekan juga nanti.

Pada kayuhan kali ini GMCC, telah singah sebentar di kedai basikal Sin Boon Seng kat Guar Cempedak untuk berhenti penat dan melepaskan lelah. Dikesempatan ini juga dapat ahli GMCC jamu mata keluaran basikal2 terbaru. Kalau ada yang nak upgrade tu boleh lah.Menurut president club iaitu Sr.Jalil trip cukup syoq dan mendapat layan yg baik dr taukeh kedai. pas ni bleh dapat diskaun kot...
jom kita layan...



sesi taklimat dari president club



Taya start golek











































Sunday, April 25, 2010

Off road Betong

17 April 2010..




GMCC menghantar 2 Wakil untuk membuat tinjau laluan ke Betong Thailand.
Namun mereka mengunakan basikal bukit untuk beraksi di kawasan hutan
sekitar Betong bersama yang lain. Di mana acara ini di anjurkan oleh
Saudara Megat Abdul Halim dari Malaysia dan juga Saudara Muhammadameen
Haduwae wakil dari Thailand. Kedua2 wakil GMCC ini berjaya menamatkan
laluan offroad sejauh 45Km walau pun ramai dari peserta yang lain
memilih laluan yang pendek. Syabas untuk mereka.








Pesanan buat Betong dari GMCC...

" Walaupun kau jauh dan berada di luar sempadan negara kami, pasti suatu
hari nanti roady2 kami akan tiba dan menjejakkan tayar kami di tanah mu"

Kayuhan Bendang

Penaga. Walaupun GMCC lebih cenderung kepada roadbike, tapi ada beberapa ahli GMCC yang turut melayan mountainbike. Ini terbukti kerana ada dikalangan ahli meyertai kayuhan bendang baru-baru ni. Mari kita layan....


Antara ahli yg aktif dgn beskat gunung


Chon.kat mana ada jambori pasti dia ada


Pak Lang, cari balik beskat gunung dia (beskat dah naik sarang labah)


Pasangan bahgia

Wednesday, April 7, 2010

Misi Menawan Gunung Jerai

GMCC Menawan Gunung Jerai.

Penaga, Apr 4,

Seramai 19 orang pelumba2 amatuer dari Gabungan Membaru Cycling Club hari ini memenuhi jalan raya sepanjang perjalanan dari Kg Tok Labu, Penaga hingga ke daerah Yan, (Gunung Jerai). Senario seperti ni jarang2 berlaku di kawasan utara sebelum ini. Namun kebelakangan ini ramai perminat2 basikal lumba ini mula memenuhi jalan raya kita dan bersama berkongsi laluan .

Kami sebenarnya menjalankan latihan intensif untuk kayuhan jarak jauh akan datang dan juga untuk memupuk semangat berpasukan diantara kami yang terdiri dari gabungan 2 generasi iaitu pelumba2 muda dan pelumba veteran. Dengan pengalaman dan kemahiran yang ada pada pelumba2 veteran ini dapatlah kami serapkan pada generasi muda dalam kumpulan kami. Kata Saudara Abdul Jalil Che Din selaku presiden kelab.

Aktiviti sihat seperti ini harus diteruskan dan kita berharap pada pengguna jalan raya yang lain seharusnya menghormati dan bertolak ansur dengan penunggang basikal disini seperti apa yang berlaku di negara2 maju.
Berita selanjutnya di muka surat 4…..

Hahahhaaaaaaa… masuk surat khabar ..

Layan je gambar kat bawah ni….