GABUNGAN MEMBARU CYCLING CLUB

GABUNGAN MEMBARU CYCLING CLUB
GMCC PENAGA

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 24, 2010

Kayuhan Batu Hampar dan Titi Hayu Yan,Kedah

Sabtu, 23 Jan:Penaga - Yan - Penaga.

Route:Penaga - Batu Hampar,Yan - Titi Hayun,Yan - Penaga
Total Distant:113km
Riders:Baie,Hakim,Jalil,Wahab,Baharom,Chod,Nizam,Hj Saad,Amirul,Pak lang,Wan
Meeting Point:Simpang Bumbung Lima

Pagi sabtu 23 Jan, Dengan kerja kuat tuan prisident GMCC (Jalil)dok hantar sms akhirnya berkumpulah riders GMCC kat Simpang Bumbung Lima. Walaupun tak ramai ahli dapat menyertai, tapi komitment ahli yang hadir cukup tinggi. Seperti yang dijanji 7.45am dah dapat berkumpul. 7.55am tayar bergolek menuju destinasi. Wan german menanti di Giant SP untuk sama berdayung....yeaahhh...


Permulaan yang baik..


Tuan President dan kuncu-kuncunya


Gaya seorang jurulatih...caya lah..




melepaskan penat,selepas climbing Batu Hampar


kat Batu Hampar,Yan


Titi Hayun,Yan


Meningalkan Titi Hayun dengan penuh kenangan...hanya jurulatih saja yg tau....


Perjalanan pulang

Tuesday, January 19, 2010

Penyertaan GMCC dalam aktiviti Malakoff pada 1 Januari 2010







Pada 1 Januari 2010, beberapa ahli GMCC telah menyertai aktiviti anjuran Malakoff yang bermula dari Auto-city(Juru) - Jambatan Pulau Pinang - Tanjung Bungah.

Monday, January 18, 2010

Latihan Harian GMCC







beberapa ahli GMCC buat latihan pada waktu petang. kebanyakan kayuhan adalah dari Penaga ke Pantai Merdeka.

Sunday, January 17, 2010

Kayuhan Amal






GMCC telah mengikuti kayuhan amal yang di anjurkan oleh IPDSPUCC pada 16 Januari 2010 (sabtu).
GMCC telah diwakili oleh 20org ahli dalam acara tersebut dgn diketuai oleh Presiden GMCC..
Bermula dari UDA North pd jam 7.30pg dan berakhir di Pantai Merdeka.. Balik dari Pantai Merdeka dah tak da polis jaga..kayuh la sendiri2..penat giler..dah tu panas terik sebab balik dalam 12.00 tgh hari dari Pantai Merdeka..
habis muka sunburn...kaki dan tangan lagi la...nak tunggu ok balik dalam seminggu la jawabnya..tapi tak pa..GMCC antara yang terawal sampai ke Pantai Merdeka ...tabikkkk laaa..

Friday, January 8, 2010

Perlantikan Ahli Jawatankuasa

Pada Mesyuarat Agong pertama (3hb Januari 2010) perlantikan Ahli Jawatankuasa GMCC telah diadakan. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi:

Presiden : Abd Jalil Che Din
Naib Presiden : Hussin Awang
Setiausaha : Sobri Ahmad
Bendahari : Capt Faizal Muhamed Mukadin
Jurulatih :i) Wahab Abu
ii) Hussin Awang
iii) Baharom Jaafar

Thursday, January 7, 2010

Penubuhan GMCC

GMCC telah ditubuhkan pada 3hb Januari 2010 dengan permulaan ahli seramai 25 orang. Mesyuarat Agong yang pertama adalah pada 3/01/10 bertempat di kediaman En Wahab bin Abu.